Wednesday, January 26, 2011

Sharing is Caring

Salam...

Morning!!!

Okeyh..aku nak share bnd ni jekk..bnd ni aku dpt dr org member..dia msg aku bnd nih..



Terdapat 7 Kalimat suci, iaitu;

1) Bismillahirrahmanirrahiimm - Setiap hendak memulakan sesuatu

2) Alhamdulillah - Setiap habis melakukan sesuatu

3) Astaghfirullah - Jika melakukan sesuatu yang buruk

4) Insya Allah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah - bila tidak boleh melakukan sesuatu yang agak berat / melihat hal yang buruk

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun - Jika melihat /menghadapi musibah

7) Lailaha illallah - bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya



Rasulullah bersabda ;

"Barang siapa yang menyampaikan satu ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"


Tuesday, January 25, 2011

Sorry...

Hello...

Me here just to say sorry for not being update with my blog lately...huhu..nak kene siap kan project paper..case study...assignment lagik...waaaa..byk2..nangis!!..tapi..i promise to all of u that i'll try my best to update my blog  after im done with all my work...wokeyhh???

Okeyh dok tulis mcm tuh...boley la ekk...

Hati nak menulis..tapi kang tulis mcm tak feeling...sbb mcm2 nak kene buat..(baru blaja jekk belum lagi kawen ade laki ade anak nak kene jaga) ;p

Anyway...sampi stakat itu dulu yek....

Nanti kite sambung cite2 lagi ehh kat blog nih...

Babye...


source: google image

Friday, January 21, 2011

Lagi INFO tentang ENDOMETRIOSIS

Endometriosis, Senggugut, dan Wanita Berkerjaya
17 February 2006
Susunan NORHURIYATINA SALLEH

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang semakin ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain. 

APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS? 

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid. 

APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM? 

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). 

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul. 

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. . 

PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS

Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan ´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama, iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat pelbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. 

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG? 

Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis daripada berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubatan tradisional selagi cara tradisional itu tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herba yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah "pap smear" bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan payudara dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari. Sebaiknya, wanita yang pernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.

Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialah jangkitan kuman, tumbuhan "endometriosis" dan "fibroid". Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa patutlah berwaspada. Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti "endometriosis".

Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit puan. Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

source :YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

Girls beware with your PERIOD PAIN

Hello..!!!

Jeng jeng jeng..korang mesti curious kan nape aku buat tittle mcm tuh..aku nak cite pasal ENDOMETRIOSIS yg aku penah ckp dulu tuh..hurm..ini cerita berdasarkan pengalaman peribadi aku..maknenye aku ade sakit nih lah..

Okay..kisahnye bermula begini...di takdirkan aku mencapai umur akil baligh agak awal dr kawan2 aku..walaupun ade kawan aku tuh lg besar susuk tubuhnya..aku nih time sekolah tinggi longjong..tap time sekolah rendah le...da masuk sek menengah aku le yg paling cute kecik jekk..( kecik la sgt ko ;p)..Citenya bermula selepas capai umur akil baligh le..sbb bila da besar ( boley kot gune besar..panjang nau nak taip 'akil baligh') korng dtg period tetiap bulan kan..kes aku nih awal2 period lg mmg selalu sakit..smpkan abah dgn mak aku mesti sediakan stok menstrual pain punye ubat tuh (yg kaler pink tuh) tetiap bulan makan le aku ubat tuh..pastu bile masuk uni..sakit tu makin teruk sikit..tiap kali sakit nant kene tuam dgn beg air panas..

Di sbbkan mcm tu...makcik aku suggest la mak aku suh bwk aku jumpe Gynecology (Sakit Puan)..time tu kat melaka..pegi la aku dgn makcik aku tuh...1st time nih..hehe..malu weyhh..nama Dr tu Rahimah..Klinik Dr Rahimah..Dr tu bagus la..dia cek semua bagus..nak cek bnd ni dierg akan buat ultra sound bg yg tak kawen lg..bg yg da kawen tuh dia masuk 'sumting' - kamera kot; kat bwh tuh le..Dr tu ckp tak dek pape pun kat ovari aku..semua normal..so kite org balik la...sbb takdek papekan..

Masuk Tahun 3 kat uni sakit aku makin teruk sgt...smp kene amik injection..dan aku jugak selalu ade masalah dgn perot..(perot boncit) hehe..kawan2 aku selalu ckp perut aku boncit - kecik at..tau la perot korg cantik.. :'(( ...kalau time period mest aku cramp kat perut..nak diri tegak tak bleyy..rasa mcm nak merangkak jek...so akan pegi amik injection kat klinik lah..mmg tetiap kali period jek inject..tak inject telan la aku ponstant..pastu aku p la klinik jumpe Dr Nurul..kat klinik UIA jek..sbb aku UG kat UIA..Korang tau ape Dr Nurul tu ckp..dia ckp..ni normal je..nak cepat baik cepat la kawen..ni jek lah ayat dia tiap kali aku jumpe dia.. 

Lg teruk time aku praktikal..da la aku praktikal kat tingkat 31 menara rebung tuh..masa tu hari jumaat..sakit gile weyh..aku..nangis kat opis (sbb tak tahan gile) pastu en anip dtg amik aku..nak turun bwh tu pun haru..walaupun dgn lift..tap kene diri..tu yg tak larat tuh..lepas aku duk la baring dlm keta meringkuk2..pas en anip sudah smyg jumaat bwk aku kat klinik tepi jalan..kat area kg baru tak silap aku..Dr laki..tak ingat ape namenye..dia ckp perot aku bloated...pastu keras..pastu dia pun bg aku ubat suh makan time tu jugak..

Lepas kes tu aku ade gak p klinik UIA jumpa untuk consult jek..Dr ni dia refer aku ke HKL..dia ckp takut2 ovari bengkak ke ape ke kan..sbbnye bile tgk history aku mmg period jek amik ubat..So jadi lah rutin aku dgn en anip..tetiap bulan p Gynea HKL..Dr tu suh aku makan ubat cynflex..kene makan b4 period smp le abis period..ubat ni mcm pain killer gak..dia cuma ckp aku stress blaja sbb tu la period pain..

Da sudah abis blaja..da keje..same jugak kisahnye...tap kali nih sakit perut tu lain mcm...pas p klinik..klinik refer General Hospital kat Kuantan pastu aku kene admitted ward..sbbnye..suspected 'twisted ovarian cyst'.. tap time kene admitted,aku nih jenis penakut..bile Dr tanye sakit tak, aku ckp tak sakit..hehe..tah bape kali Dr buat ultra sound..sbb ade 2 cyst..tap dierg tak dpt nak confirm bnd tu twisted atau setiap tube ade cyst sndr..so dierg tahan aku sehari dan suh aku puasa..sbb bnd tu da besar gile OKAY!!..(sungguh tak puasa hati dgn keje DR kat HKL..takkan lah tak smp setahun bende tuh boleyh besar gile..sgt tak LOGIK...huh..) jadi aku kene puasa in case emergency terus masuk OT..

Jadi MORAL nya..SAKIT PERUT JANGAN DI AMBIL MUDAH....kalau pun korang da pegi 10 klinik..tapi resultnye tetap sama..Korang kene terus gak cek..sbbnye ini bnd dalam..kite tak tau kan..sbbnye..badan kite akan bg signal if ade sumting yg tak kene..dan signal tu adalah sakit sikit2 yg korg rasa tuh lah..

panjang weyh entri nih..huhu..

Beristighfarlah...

" Daripada Abu Said al-khudri r.a.,katanya:
Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud : ' Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaan Mu da keagungan Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka'. Allah menjawab:'Demi keperkasaaan Ku dan keagungan Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada Ku."
source: solusi isu 27

Jadi..mintak la ampun dgn Allah..selagi hayat di kandung badan..sesungguhnya DIA maha pengampun... 

Kisah di Syifa Al Hidayah

Salam...

korang da tdo ke??? aku ketandusan idea nak smbg 'write- up' literature review utk project paper..so smbg esok jek lahh..pastu tetibe mcm nak cite pasal kisah aku di Syifa' Al-Hidayah..tempat ni adalah tempat perubatan cara islam yg gune ayat2 quran tuh..

Okay..nak di jadikan cite..aku pegi sana sbb nak cube berubat cara islam pasal sakit aku tuh..(endometriosis) tau tak ape itu endometriosis??? ermm..kalau tak tau bleh la melawat laman ini yekk ENDOMETRIOSIS..Actually kat blog lame dulu ade cite pasal bende alah nih..nant bebila ade masa aku bg info sket pasal sakit nih yek..

Balik semula kat kisah di Syifa' Al-Hidayah..aku buat appointment kat sana last week..so dierg bg aku tarikh utk buat rawatan pada Khamis , 20 Jan 2011..So aku setuju..sbb aku mmg tak dek kelas ari Khamis dan aritu tu jugak cuti sempena Thaipusam..hurm..lepas aku buat appointment tuh..aku try la google kot2 ade la cite pasal perubatan Syifa' ni kat kat internet..google2 ..jumpelah...aku pun mentelaahlah..tetibe aku ternampak satu cite tu becite pasal 'ASHRAF MUSLIM' ( perlu ke ko nak type besar2 name dia )..rupa2nya dia salah seorg perawat kat tempat tuh..( ade ke istilah perawat?? nasib le)..wahh..jadi aku dgn excited nye...wahhhhh boley jumpe ashraf muslim!!! 

sedikit perbualan aku dgn en anip ( 2 hari b4 p pusat rawatan tuh)

aku : heh..kite nanti nak jumpe ust amirul 
en anip : buat ape
aku : yelah..kan nak p berubat tuh
en anip: owhh..berubat dgn dia ke
aku: yelah..dia yg ensem2 tuh..nanti dia ubat kite mesti dia suke kat kite..pastu nant kite kawen dgn 
        dia (sgt berperasaan okeyh!!!)
en anip: huh..kenal pun tak..mcm dia nak..(jeles lah tuh :P)
aku: elehh..dengki..
en anip: tak heran pun..*** ade
aku: sape plak *** tuh (dlm hati jekk)
aku : huh..*** yg pelakon baru tuh???? elehh..tak heran jugakk..
aku : org nak cari org yg bawa ke syurga..dia nak carik org tarik ke neraka (sgt tak bleh blah ayat 
        aku kat en anip ) - jadi sila abaikan yekk
en anip: kurang asam punye budak
aku: HAHAHAHAH (gelak setan)

( Kisah ini adalah antara aku dan en anip, nama2 tersebut hanyalah angan2 kami bedua yg poyo2)

Kisah semasa di Pusat Rawatan Syifa

Aku p sana dgn kawan aku namenye Rohana...sampai2 sana ramai gile org...aku mcm agak cuak plak tetibe..huhu..aku pon call makcik aku..tanye cemane..da smp..pastu nak buat ape..pastu makcik aku ckp p masuk dlm tanye nama ade tak..aku pun p la masuk tanye org kat kaunter tuh..dia ckp nama aku ade..pastu dia suh duk tgg giliran nant dia panggil..aku pun duk la..smbl borak2 dgn kawan aku tuh..sib baik ade kawan kalau tak..ayam berak kapur le..duk sorg2 kat situ..dtg pkl 12..dapat masuk pkl 2 lebey kot..tibe turn aku di panggil masuk..wohh..mmg aku di rawat oleh DIA!!! omg..tap tak dek rasa pape pung..sbb masa tuh ana ckp muke aku mcm org nak nangis..huhu...sbbnye aku pun tak tau..tetibe aku jadi penakut kot..nak pandang muke dia tu pun aku tak sanggup..huhu..duk tunduk jek weyhh..'siqqoh' gile..

Dia pun teruskanla berubat pas tanye nama aku dgn sakit aku..pastu dia bg aku ayat utk di buat amalan..dia ckp lg kene jumpe lg 4 mgg..huhuh..takut weyhh...dulu pusat rawatan nih tak kenekan bayaran..tap skang nih makcik aku ckp sbb ust yg mengelolakan tempat tuh da benti keje...so dia kenekan bayaran sekali rawatan RM50..

hehe...korang nak tau lg..en anip call aku smp 4x time aku kat tempat rawatan tuh...(takot aku kene ngorat la tuh ... ;p)

Okayla..

Babai...

Thursday, January 20, 2011

Ingat-ingat itu REMEMBER


Got this from Kak Uul.. *wink*


saya suke !!! *-*

Makan Free di ....

YuhooOOOoo... :D

Makan free..2 ari korang tau aku dpt invitation nih...heh..bukan calang2 org nak dpt invitation makan free nih.. (sila jgn POYOPO ok ) Makan free kat my uncle's restaurant in front of CASTLE...korang mesti tau CASTLE kan kedai arab tuh..so kedai my uncle depan kedai depa lahh..kalau ckp name kedai uncle aku tuh confirm tak kenal sbb tak glamor mana lg pong...(jahat ke???) mmg tak glamor pun..

So bebalik pada makan free..heh..aku di jemput utk makan free kat sini sbb ade org lain nak amik alih kedai tuh..( huhu sedeh!!)  jadinye my uncle tuh suh la jengah2 sambil2 makan free sebelum kedai tu beralih tangan kepada org lain..aku makan blackpepper roasted chiken with rice dgn minum air menu aku sendiri ok!! sour plum blended..( air lukman buat mmg best!!..tap kalau campur dgn apple blend skali..lg bestt!!) cukup2..suppose ade 2 menu..tap satu menu lg tu tak sempat nak amik gambar sbb tukang makannye pelahap sgt.. ;p

kak ina masak mmg bestt..yummy2..:D

Kusyuknye Korang...

Hello..!!!!

Tak dek nak cite pape..takdek byk pun nak tulis...cuma nak letak gambar budak tgh amik exam..heh..(paper korang skang tgh menunggu masa utk di marking)..bykkkk wooo...siap korang kalau jwb bukan2 aku bg telor ayam..heheh...

wokeyhhh...

bye.... :p


Tekun kan dierg jwb exam..tak angkat2 kepala..:P

Tuesday, January 18, 2011

Entry lambat sehari..

Salam..

Hi..Morning!!!!

Da 2 ari jadi morning person tanpa gagal...yeayyyhhh..ALHAMDULILLAH...Harap2nye usaha aku nih berkekalan lahhh..(jgn harap stakat mgg nih jekk) huhu..Bagus gak bgn pagi nih..rasa bersemangat jekk..pastu mcm2 bende boley buat...bukan la b4 nih aku tak penah bgn pagi..tap aku nak cube jadi "MORNING PERSON"...

Ape kebaikan yg aku realize 2 hari nih..( b4 nih pun da realize...tapi..sbb tak bersemangat lg..) ~ alasan jerkk..:P..wokeyh22..smbg balik..kebaikan yg aku realize ialah..segar sepanjang hari..hehe..sungguh..nak2 bile breakfast herbalife yg best gile nih..hehe..pastu aku boley study sket pagi b4 p kelas...kalau tak dek kelas..bleh la aku duk carik2 articles utk assignment...sbb kan sem nih da tak keje..so fokus blaja jek lahh..en anip ckp kalau keje nant aku cepat penat..pastu nant aku moody..huhuh ( mmg aku ni kaki moody pung...~ tamo moody2 dahh)

Lagi..ape kebaikan yang aku dapat??? haa...hidup rasa mcm teratur jekk..pagi2 semua bnd da siap..baju basuh tetiap ari..so baldi baju aku tu sentiasa kosong...tenang jek idup..sungguh2 ni bukan gimik..pastu dapat buat amal ibadat sikit...dulu liat sket nak ngaji nih...da lama tak ngaji jugak..harap berterusan lah...(doakan aku yekk)

hurmm...ape lg ehh..byk sgt..tap tak dpt di describe dgn kata2..ecececehhh..hehe..(SS betol :p)..Ha semalam napa aku tak upadate blog..sbbnye aku bz sket la lately nih...nak siap kan assignment...aku tgk planner aku smlm..fuhhh..gile mcm wanita berkejaya..(hahaha ~ POYO)..heh..bukan ape pun..cume nak siap kan semua assignmnet awal b4 balik cuti..nant boley la cuti sepuas-puas hati...tap i'll try my best to update my blog consistently...( mcm la ade peminat nak bace blog ko )

Okay..till see u then...

ehh ehh..b4 tuh...doakan aku yekk..bersemangat da terus bersemangat...yeahhhhh..CHAIYOK2.. :D

byeeeeeeeeee

Saturday, January 15, 2011

15 Jan 2011

Hello bloggers...

Sabtu hari ni sabtu yg agak boring..hurmm..boring ke??? mungkin la kot...Aktiviti aku hari ni mcm biasa...da jadi rutin kat aku..kalau nak start hari..mesti kene mengemas...kalau tak macam tak besemangat..so...ape yg aku buat??? lets check it out.....


Kemas bilik - siap
Basuh baju - tgh rendam
Lipat kain baju - on the way (heh)
Study - lepas nih
Cari articles - malam nih lah 


Tapikannn....aku belum breakfast..hurmm..branch jek lahh...tap nak makan ape ehhh....( milo dgn roti jek lahh) tak de ape aktiviti pun yg boley buat....( belajar lah cik nurul!!!!!)

Ye baekkkkk...

Friday, January 14, 2011

Jadual Hari Ini

Salam semua...

Setelah aku mengalami emo yg panjang...ari ni akhirnya jadual aku penuh...Hari ni 14 Jan 2011...aku da selesai basuh baju..kemas bilik dan juga breakfast..breakfast arini biskut munchy's - chunky organic hazelnut cicah air milo panas..dgn sekeping roti di sapu greenland cheese..juga di cicah dgn air milo...alhamdulillah..kenyang sudahh...

Itu aktiviti pagi smp tgh ari..petangnya pulak...utk hari ni..aku kene jaga exam budak degree..2 jam..dr 245 smpailah 445 ptg...huuu..jaga exam mmg mengantok...adakah aku perlu bwk psp sambil jaga dierg buat exam???hurmm..atau berjalan memerhatikan mereka dgn pandangan yg sinis..(supaya dierg takot nak tiru)heh..mane satu yg harus ku pilih??

Lepas abis jaga exam..aku ade kelas IBSO..jam 6 smp 9 malam...hurmm..nak balik bilik atau duk jek kat surau tgg smp kelas..nant balik penat jalan...pastu nak jalan balik p kelas..tap kalau jalan boley kurus..hurmm...mane satu yekk???

Okay lah..smp sini jekk...nak siap2 baju dgn mandi...  

Jika Aku Jatuh Cinta

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH,
Nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya,

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cinta,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH

Ya ALLAH,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Makan campakkanlah dalam hati ku cinta kepadanya adalah kerana Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepada ku adalah kerana Mu,


Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Berilahkanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian Mu,

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai Mu,

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cinta ku padanya agar tidak melebihi cinta ku pada Mu,

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada Mu. 

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya ALLAH,
Jika aku rindu,
Jagalah rindu ku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga Mu. 

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu

Ya ALLAH
Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu,
Janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu

Ya ALLAH
Jika kau halalkan aku merindui kekasih Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanyalah pada Mu 




Thursday, January 13, 2011

Mereka



Kuat lah HATI...

Tabah lah HATI...

Untuk MEREKA....

I LOVE U 

MAK & ABAH




Aku Redha

Bismillah..


Wahai Allah yang memegang hati ku...

Sesungguhnya aku hamba yang lemah lagi tak berdaya..

Sesungguhnya aku hamba yang lara lagi hina..

Wahai Allah yang memegang hati ku...

Berilah penawar dalam jiwa ku..

Agar ia tetap suci dan tunduk pada Mu..

Wahai Allah yang memegang hati ku..

Sesungguhnya aku manusia alpa..

Sering lupa dgn aturan Mu...

Tiada Redha dgn ketentuan Mu...

Hanyut dalam duka ku...

Wahai Allah yang memegang hati ku...

Pelihara lah urusan ku demi Mu..

Damaikan lah hati dan jiwa ku kerana Mu...


Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian Mu..

Sesungguhnya aku percaya dengan rahsia Mu..

AMEEN



DOWN

I HATE BEING MYSELF..
USELESS...
IM NOTHING...


Dalam usia ku yang semakin meningkat...terkadang aku terfikir..ape yg aku ade??? saat usia begini..kawan2 aku..da ade kerja..they have their own career..they have their own money..they can do anything they want..and even some how they have their own family..they keep build up..tap aku???? ape yg aku ade??? menambah hutang di saat usia makin meningkat..menyusahkan mak dgn abah menanggung aku belaja yg tak abis2..menyusahkan en anip yg kene tgg aku??


Benci diri sndr..


Kenapa hidup aku menyusahkan org...aku bukan sesiapa utk di sayangi..aku tak de apa2 yg bole bg kebahagiaan...


Aku bukan kufur nikmat yg aku ada..aku cukup bersyukur dgn apa yg aku ade...tapi siapa aku utk menidakkan apa yg aku rasa??? 


sesungguhnya


"bibir tak bisa bicara bahasa rasa"


kerana aku


cuma


wanita biasa.....



maafkan aku..



sungguh aku KELIRU....



-_-

Wednesday, January 12, 2011

Pagi yang Indah

Morningg!!!!

Hari ni mood aku sgt baekk okayy..sbb ape?? sbb pagi2 da tgk wane2 ijau..huuuu...best wooo jogging pagi2 nih..tak dek org pon..syokk jekk..Rasa sehat jek badan ari nih..heh..bleh takk??? Pagi tad bgn pas subuh dok golek2 atas katil sambil bace novel yang tak abes2 bace lg tuh..( bace lambat2..nant da abes da tak dek bnd nak buat plak..)pastu buat breakfast sehat penuh nutrisi aku lah (HERBALIFE) heh..pastu siap2 p jogging..heh..sehat tak??? gaya hidop sehat kan??? harap2 istiqomah la aku buat aktiviti sehat nih..jgn la sekerat jalan jekk..korang doakan aku ehh..AMEENN~

Gambar tak dek amek..tak bwk hp..huhu..


source : google image

Note : Alar2 tempat aku p jogging tadi..heh

Mali's Corner

Hello!!

Hari ni mood aku swing skett..mcm2 rasa ade..tulahh bgn lambat lg..pulak tu tdo lepas subuh..( esok tanak da buat mcm tuh) So takdek pape yang menarik pun yang aku buat arini..yelahh..da bgn pkl 12 tgh ari..ape lg..celik2 mata pun sbb bunyi anak kucing sape tahh..mengiau kuat gile..mcm kat sebelah telinge aku jek bunyinyekk..sejukk kot..ujan kan..tu yg buat aku tdoq tak sedar da tgh ari (alasan jekk

Ape yg aku buat hari ni?? bgn pkl 12..pastu duk mengadap laptop...sarapan confirm la tak...(hancur lg diet aku)..pkl 3 baru p mandi..sejokk lg..gigil aku..sampai menyucuk ke tulang kering..pastu solat zuhur..lepas solat..sambung lg ngadap laptop...pastu baru teringat yg aku ade rendam baju...so p la memberus baju..da siap berus..jemur kat dlm toilet jekk sbb takot ujann..pastu da pkl 4..main2 dgn laptop lg..(sungguh tak produktif kan??) Azan asar..p la smyg asar..sudah smyg..nampak baju yg mgg lepas tak lipat lg..lipat la kain baju tuh...da siap melipat..sambil layan lagu 'Alley Cats' marking la paper quiz student..hurmm..tak sempat abis satu section pun..Azan maghrib plak..p la smyg maghrib..pastu ngaji skali ( bg naik sket semangat..mungkin sbb da bape ari tak ngaji kot )..sudah ngaji..sambung marking sambil tgg isya'...pastu en anip tepon btau yg dia nak p kelas 'Vemma'..

Aku pun smbg la marking lg smp la azan isya'...tetibe rasa boring gile..rasa mcm ape tahh..msg kak uul..ajak kua..kak uul plak ckp okay..hoyei2...ada kawan nak kua..so....tempat yg kite tujui ialah..'MALI's Corner'..yg jugak di kenali sbg MALINJA...sib baik dia tak makan lg..so ade la teman makan aku...kat Mali ni glamour dgn "char kuew tiaw dgn nasi lemak"nye.. so aku tetibe rasa mcm nak makan nasi lemak..kak uul plak makan char kuew tiaw..beratur panjang seyhh...sib baik cepat dpt makan..pastu ape lg..amik2 gambar..hahaha..mcm jakon pun ade jugak..tap...ade aku kesahhh???? hahahaha..suke hati aku lahh.. :P

Kat bawah ni aku ade letak gambarnye..dr penuh pinggan sampai la tinggal tulang ayam dgn kulit udang jekk..hehe...selamat menjamu mata yekk...


okay lahh..perut da kenyang..hati da senang..aku tdoq dulu yekk...gud nite...






Note: Nurul Jaliah sila diet esok hari yekkk..(ye...Baekkkk)- dalam nada terpaksa..huhu

Tuesday, January 11, 2011

Seperti yang di janjikan...

Hi...

Hari ni mcm mood kurang skett..may be sbb bangun lambat tadi..huhuhu...semua mcm tak kene jekkk..tap..takpelahh..ni aku nak letak gambar AJL seperti yg aku janji....ingat takk???kalau tak hengat..sila la lihat sini..tap tak byk la..sbb maleh nak edit..huhu..

soo..enjoy la yekk..


da abes byr janjikan??? :D

Rabbit???

Salam Selasa kawan2..

Tgh buat ape???aku baru jek sedar dari mimpi yg lena..hahaha...(sure kene kutuk dgn cik kongah nih) Bangun2 tdoq jek tetibe teringat pasal rabbit...huhuhu...tahun lepas classmate aku yg aku panggil 'kak min' nak bg aku rabbit..kite org (aku + en anip) da p la rumah dia nak tgk rabbit..huhuh..comey2..suke2..cute2..pastu tepon la queen besar kat rumah..uhuuuuuuu..queen besar tak bg..sbbnye ckp aku ade history lelah..sungguh keciwa...huk huk..pastu aku pon btau la kat king aku..hehe..king aku ni bab2 cenggini suke jugakk..huhu..king da bg..malang nye queen main ugut...mak ckp ni ha "buat la..tanak dgr ckp mak..nant kene lelah balik mak tak tau.." huhu..-_-

Aku ni plak jenis yg kalau aku nak sumting tuh boley smp bwk2 dlm mimpilahh...huhu..bile da masuk dlm mimpi tu maknenye mmg kene buat sumting lah tuh..huhu..cemane nih????

Kalau bela ( pelihara) je rabbit ni tak btau mak boley tak???

tak leyyy2....


nanti....dosa...


alarrrrr...


-_-


tap....


huhuhu



aku nak RABBIT!!!!!!



nak yg nih......



source : google image

boley laaa....pleaseeeee

Monday, January 10, 2011

Betol2 Murah Rezeki

Hai..jumpe lg ehh..arini jek tah bape byk kali jumpe eks...tetibe dtg rajin terlebih...aku baru jek sudah makan..hehe..arini mmg betol2 murah rezeki gamaknye..nape aku ckp betol2 murah rezeki??lihat sini yekk.. makan malam ni ade org belanje 'Mi Aceh'..org yg belanje tu namanye Mimi...namanye panjang sangat..she is Indonesian..doing her MBA..here in UIA..

Teruja tak korang nak tau cenggane rupe bentok mi aceh tuh...actually mcm mi goreng biasek jek dr pengamatan aku lahh..the different is the banana leaf..mi ni dia letak atas daun pisang + ade keropok sayur..tapi keropok sayur tu da tak garing..makan tak dek bunyik krukk krukk..may be sbb dia da bebungkus kot..dan mi ni a bit spicy jugakk..

tadaaa..ni la rupa 'Mi Aceh' yg de belanje oleh Mimi..

  
To Mimi ; time kasey daun keladi..esok lusa belanje la lagi..*_*