Friday, January 14, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH,
Nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya,

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cinta,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH

Ya ALLAH,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Makan campakkanlah dalam hati ku cinta kepadanya adalah kerana Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepada ku adalah kerana Mu,


Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Berilahkanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian Mu,

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai Mu,

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cinta ku padanya agar tidak melebihi cinta ku pada Mu,

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada Mu. 

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya ALLAH,
Jika aku rindu,
Jagalah rindu ku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga Mu. 

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu

Ya ALLAH
Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu,
Janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu

Ya ALLAH
Jika kau halalkan aku merindui kekasih Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanyalah pada Mu 




0 comments:

Post a Comment